Untuk join PiccoMocha™ Community ini:
Hanya klik pada "Join Group" di atas.
Kalau ingin menjadi 'Official Members':
1- Mula2 kene ikut langkah yang pertama diatas ini dahulu
2- Kemuadian letakkan [PiccoMocha™] di 'Display Name' anda
3- Kemudia +Add profile PiccoMocha™ Official Members di www.myspace.com/piccomocha
4- Letakkan banner PiccoMocha™ di profile anda bagi menarik perhatian rakan2 lain!
Begitu mudah bukan? :)
Ape yang menarik sekiranya anda menjadi ahli 'PiccoMocha™ Official Members' ini?
Sekiranya anda telah menjadi 'Official Members', anda layak:
1.Mengikuti banyak aktiviti2 'PiccoMocha™ Official Members' yang menarik seperti:
- Aktiviti santai
- Indoor
- Outdoor
- Ekstrim
- Pengembaraan menjelajah tempat2 peranginan berkumpulan!:
2.Mengikuti pelbagai 'PiccoMocha™ Official Members' event!
- Open party
- Private party
- Tournaments
- Gathering
- Reunion
3.Mendapatkan info percuma untuk 'MySpace Resources' dari profile PiccoMocha™ Official Members!:
- Articles
- Tutorials
- Tips and tricks
*Untuk mendapatkan MySpace Resources, anda perlu mengikuti syarat2 yang telah ditetapkan. Syarat2 tersebut boleh didapati di profile PiccoMocha™ Official Members
*Setiap ahli Official Members dibenarkan hanya membawa seorang sahaja rakan lain yang bukan ahli Official Members untuk mengikuti aktivi2 di atas (tertakluk kepada keadaan semasa)
PiccoMocha™ Community Group - Tumpuan Remaja Celik IT & Berwawasan
Apakah tujuan utama PiccoMocha™ Community Group?
Setakat ini, kami mendapati tiada mana-mana komuniti dalam laman web social MySpace yang benar-benar menunjukkan komitmen besar dalam berkomuniti diseluruh Malaysia. Jadi, kami ingin terus kehadapan untuk mendahului kelab-kelab komuniti yang lain iaitu dengan cara kami bergiat aktif dengan pelbagai aktiviti-aktiviti sosial secara sihat disetiap pelusuk bandar dan negeri seluruh Malaysia bersama-sama ahli bagi memenuhi perkara-perkara yang berfaedah ketika dimasa waktu lapang. Kami telah melantik beberapa wakil dari setiap negeri diseluruh Malaysia menjadi 'leader' supaya kami mempunyai rangkaian dimana-mana sahaja di dalam Malaysia untuk melakukan sebarang akitviti.
Siapakah sasaran utama atau golongan utama yang menjadi ahli PiccoMocha™ Community Group?
Oleh kerana PiccoMocha™ Community Group ini merupakan sebuah kelab komuniti yang diasaskan di Malaysia, sasaran utama kami adalah semua pengguna MySpace dari seluruh Malaysia dan negara-negara jiran yang terdekat seperti Singapore, Indonesia, Thailand, Brunei dan seluruh negara di Asia tenggara ini bagi mengeratkan hubungan antara warga Malaysia sendiri dan juga dengan negara-negara jiran sebelum kami bersedia untuk berada diserata dunia.
Adakah komuniti ini sudah berkembang seperti kelab-kelab komuniti lain yang ada di MySpace?
5 pencapaian besar bagi PiccoMocha Community Group dalam masa setahun
1. Event & Aktiviti: Kami telah mengadakan pelbagai event dan aktiviti terbuka dan juga aktiviti tertutup mengikut permintaan ahli dan juga atas permintaan ramai dari kalangan ahli. Sejak PiccoMocha Community Group ini ditubuhkan pada September tahun lepas (2008), kami telah berjaya mengendalikan sebanyak 11 event dan aktiviti.
Antara event dan aktiviti yang kami telah berjaya kendalikan untuk ahli dalam komuniti ini dengan baik adalah seperti: Hari Raya Open House(2008), Malacca Fun Trip 12/09/2008, Birthday party setiap kalangan ahli rasmi, Official Members Gathering@Genting Highlands 25/12/2008, New Year 2009 Celebration@The Curve, PiccoMocha™ Official Members Meeting@Bukit Bintang 28/03/2009, PiccoMocha™ Official Members Fun Activity 02/05/09, PiccoMocha™ Gerek's Gathering in Johor Bahru, PiccoMocha™ Vacation Gathering in Port Dickson, PiccoMocha™ Official Members Event & Gathering in Malacca 25&26 July 2009 (2hari 1malam) dan Majlis Berbuka Puasa & Perlantikan Leader2 Seluruh Malaysia Anjuran Mekar Semilu & Media Ungu pada 5 September 2009.
2. Jumlah Ahli: Setakat ini PiccoMocha Community Group mempunyai seramai lebih kurang 500 orang ahli rasmi dan terdapat lebih dari 7000 orang ahli tidak rasmi. Jumlah ahli rasmi yang menjangkaui seramai 500 orang ini adalah merupakan pendorong untama kejayaan untuk komuniti ini yang baru sahaja ingin bermula mengorak langkah kepada yang lebih besar. Ini menandakan bahawa komuniti ini mendapat sambutan yang menggalakkan, sesuai dengan jiwa mereka dan berjaya memikat hati mereka.
3. Logo: Dengan adanya logo rasmi, PiccoMocha Community Group terus dikenali ramai. Mereka begitu mudah untuk mengenali logo tersebut dan ada yang terus mengatakan “itu logo PiccoMocha Community Group!”. Logo tersebut diberikan kepada semua ahli rasmi supaya mereka boleh meletakkan sendiri logo tersebut pada gambar profile MySpace mereka. Kami memberikan sedikit tunjuk ajar cara-cara untuk meletakkan logo pada gambar.
4. Leader Disetiap Bandar & Negeri: Pencarian ketua2 PiccoMocha Community Group disetiap bandar dan negeri diseluruh Malaysia masih belum berakhir. Kami terus mencari individu yang benar-benar berkebolehan, mempunyai pelbagai idea untuk komuniti ini, mempunyai ramai kenalan luar, berpengalaman dalam mengendalikan sesuatu majlis atau aktiviti dan berpengetahuan AM supaya mereka dapat meneruskan cita-cita dan perjuangan komuniti ini untuk keperingkat antarabangsa.
Setakat ini PiccoMocha Community Group mempunyai beberapa orang leader dari beberapa negeri. Mereka telah banyak membantu dan menyumbang kepada komuniti ini untuk terus hidup dan meraka telah diangkat sebagai leader secara rasmi supaya mereka akan lebih dikenali dan dapat meneruskan perjuangan komuniti ini.
5. Sponser: PiccoMocha Community Group sangat bertuah kerana berjaya mendapatkan keyakinan dari dua buah syarikat perniagaan yang makin pesat dipasaran ketika ini iaitu Mekar Semilu & Media Ungu untuk menganjurkan program Majlis Berbuka Puasa & Perlantikan Leader2 Seluruh Malaysia, sekaligus meringankan beban komuniti ini dan mereka adalah sponser yang pertama dalam komuniti ini.
Bagi mendapatkan sponser yang boleh memberikan sebuah tempat kemudahan, hidangan makanan dan bahan cetakan yang memerlukan modal besar dan mahal adalah bukan suatu perkara yang mudah jika komuniti ini tidak mempunyai latar belakang yang bagus, tidak mempunyai bilangan ahli yang ramai, tidak mempunyai ahli yang ingin benar-benar aktif dan hanya dipenuhi dengan ahli yang bertujuan dengan hanya saja-saja atau suka-suka untuk berada didalam komuniti ini semata-mata.
Apakah perbezaan antara kelab komuniti ini dengan komuniti yang lain?
Kami mempunyai sebuah 'Forum Topic' dan sistem yang tersendiri. Kami telah mencipta satu sistem yang sangat detail & unik dan kami mempunyai satu tempat khas untuk memudahkan ahli-ahli kami mencari atau mengenalpasti individu tertentu dan sistem kami ini memudahkan mereka untuk berkenalan sesama ahli hanya melalui tempat khas tersebut iaitu di www.myspace.com/piccomocha
Kami memberi tutorial pelbagai tip & trik kepada ahli-ahli kami yang telah berdaftar dengan menjadikan mereka lebih pakar dalam penggunaan sistem laman web sosial MySpace. Setiap kalangan ahli kami pula akan lebih mudah dan cepat untuk mendapat kenalan baru. Selain kami menyediakan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik kepada para ahli, kami juga memberi peluang kepada semua ahli kami untuk mengadakan aktiviti-aktivi mereka sendiri dan mengajak bersama-sama ahli di dalam komuniti ini bagi memeriahkan aktiviti mereka.
Selain menjadikan PiccoMocha™ Community Group sebagai portal komuniti, apakah perkhidmatan lain yang disediakan?
Kami menyediakan T-Shirt Eklusif komuniti ini untuk dijual kepada para ahli, dan pada masa akan datang kami akan menyediakan pelbagai barangan kraf & cendera mata yang mempunyai logo & nama komuniti ini untuk dijualkan kepada ahli dan bukan ahli. Kami akan membuka 'kiosk' diseluruh Malaysia dengan meletakkan barang-barang tersebut untuk dijual kepada umum. Kami juga memberi peluang kepada ahli yang berminat untuk melabur dalam perniagaan kami.
Adakah PiccoMocha™ Community Group bercadang untuk mengumpulkan semua ahli dan berkumpul membuat aktiviti bersama?
Sudah semestinya! Kami akan mengadakan pelbagai aktiviti bagi tujuan mengumpul semua ahli dengan adanya aktiviti seperti pertandingan karaoke, bowling, paintball, dan menawarkan tiket wayang percuma kepada ahli yang berjaya mengumpul mata tertinggi!
Adakah komuniti ini memerlukan caj keahlian?
Untuk menjadi ahli dalam komuniti anda tidak perlu bayar, tetapi penggunaan keseluruhan dalam laman web profile MySpace komuniti kami (www.myspace.com/piccomocha) adalah terhad seperti isi kandungan dalam "Forum Topic" dan harga setiap barangan produk keluaran kami juga lebih mahal untuk dibeli berbanding menjadi ahli yang berdaftar.
Bagi yang menjadi ahli berdaftar dengan caj keahlian sebanyak RM10 setahun, isi kandungan dalam laman web profile MySpace komuniti kami adalah tidak terhad dan harga setiap barangan produk keluaran kami juga boleh didapati dengan harga yang lebih murah!
Apakah misi PiccoMocha™ Community Group?
Kami ingin menarik perhatian dunia kerana kalangan dari ahli-ahli kami tidak
terhad kepada rakyat Malaysia. Aktiviti-aktiviti yang bakal
kami sediakan pula tidak hanya berada di dalam Malaysia, tetapi kami ingin
mengejar cita-cita untuk mengadakan pelbagai aktiviti diluar negara dan
seterusnya keserata dunia. Kami harap PiccoMocha Community Group akan berdiri megah dapat mewakili semua anak Malaysia sebagai sebuah komuniti dari Malaysia yang setanding dengan kelab komuniti antarabangsa.
Apakah tindakan pihak PiccoMocha™ Community Group untuk mengatasi agar komuniti ini bebas dari kes jenayah dari setiap kalangan ahli?
Pada kami, perkara ini terlalu penting. Kami akan menasihati setiap kalangan ahli supaya menjadi ahli yang berdaftar dan kami berpesan supaya berhati-hati jika ingin membuat sebarang urusan terhadapa ahli yang masih belum mendaftar. Ahli yang tidak mendaftar, kami tidak mengetahui maklumat peribadi dan latar belakang mereka.
Ahli yang ingin membuat pendafaran akan diwajibkan memberi semua maklumat peribadi penting mereka. Oleh itu, kami telah menyediakan borang untuk mendaftar sebagai ahli supaya mereka dapat mengisi maklumat peribadi mereka. Kami juga telah menyediakan tempat iaitu senarai ahli yang telah berdaftar untuk tatapan sesama ahli sekiranya mereka ingin melakukan sebarang urusan.
Setiap ahli yang belum mendaftar dan ingin menyertai sebarang event atau aktiviti yang kami adakan pula akan diwajibkan membuat pendaftaran ditempat ketika aktiviti atau event itu dijalankan.